HAKIKAT CINTA MENURUT ISLAM
Cinta
itu laksana pohon di dalam hati. Akarnya adalah ketundukan kepada
kekasih yang dicintai, dahannya adalah mengetahuinya, rantingnya adalah
ketakutan kepadanya, daun-daunnya adalah malu kepadanya, buahnnya adalah
ketaatan kepadanya dan air yang menghidupinya adalah menyebut namanya.
Jika di dalam cinta ada satu bahagian yang kosong berarti cinta itu berkurang.
Apabila Allah s.w.t. cinta kepada kita maka seluruh makhluk di langit
dan di bumi akan mencintainya bertepatan dengan hadith dari Abu Hurairah
bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Jika Allah
s.w.t. mencintai seseorang hamba, maka Jibril berseru, “Sesungguhnya
Allah s.w.t. mencintai Fulan, maka cintailah dia!” Maka para penghuni
langit mencintainya, kemudian dijadikan orang-orang yang menyambutnya di
muka bumi.” [Riwayat Bukhari dan Muslim] Dalam Sunan Abu Daud dari
hadith Abu Dzar r.a., dia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Amal
yang paling utama ialah mencintai kerana Allah s.w.t. dan membenci
kerana Allah s.w.t.” Imam Ahmad berkata: “Kami diberitahu oleh Isma’il
bin Yunus, dari Al-Hassan r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demi
Allah, Allah s.w.t. tidak akan mengazab kekasih-Nya, tetapi Dia telah
mengujinya di dunia.” Bagaimanakah yang dikatakan hakikat cinta itu?
Banyak mengingati pada yang dicintai, membicarakan dan menyebut namanya.
Apabila seseorang itu mencintai sesuatu atau seseorang, maka sudah
tentu beliau kan sentiasa mengingatinya di hati atau menyebutnya dengan
lidah. Oleh yang demikian, Allah s.w.t. memerintahkan hamba-hamba-Nya
sgsr mengingati-Nya dalam apa keadaan sekalipun sebagaiman yang
difirmankan oleh Allah s.w.t.: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila
kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap
teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa)
banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
[Al-Anfaal:45] Tunduk pada perintah orang yang dicintainya dan
mendahulukannya daripada kepentingan diri sendiri. Dalam hal ini, orang
yang mencintai itu ada tiga macam: 1. Orang yang mempunyai keinginan
tertentu dari orang yang dicintainya. 2. Orang yang berkeinginan
terhadap orang yang dicintainya. 3. Orang yang berkeinginan seperti
keinginan orang yang dicintainya. Inilah yang merupakan tingkatan zuhud
yang paling tinggi kerana dia mampu menghindari setiap keinginan yang
bertentangan dengan orang yang dicintainya. Firman Allah s.w.t.:
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka
ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa
kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
[A’li Imran:31] Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasul s.a.w.
bersabda: “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari
keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada
orang-orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing
(berpura-pura zuhud daripada dunia) untuk mendapat simpati orang ramai,
dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Pada hal hati mereka
adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah s.w.t.
berfirman kepada mereka: Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Apakah
kamu terlampau berani berbohong kepadaKu? Demi KebesaranKu, Aku
bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan
mereka sendiri sehingga orang ‘alim (cendikiawan) pun akan menjadi
bingung (dengan sebab tekanan fitnah itu)” [Riwayat At-Tirmidzi] Ibnu
Abbas berkata: Allah memerintahkan kepada orang-orang yang beriman agar
tidak meredhai kemungkaran yang berlaku di tengah-tengah mereka. Apabila
mereka mengakui kemungkaran itu, maka azab Allah akan menimpa mereka
semua, baik yang melakukannya mahupun orang-orang yang baik. Umar Ibn
Abdul Aziz berkata: Bahawa sesungguhnya Allah tidak mengazab orang ramai
dengan sebab perbuatan yang dilakukan oleh orang-oeang perseorangan.
Tetapi kalau maksiat dilakukan terang-terangan sedangkan mereka (orang
ramai) tidak mengingatkan, maka keseluruhan kaum itu berhak mendapat
seksa. “Sesungguhnya Allah telah memfardhukan pelbagai perkara wajib,
maka janganlah kamu mengabaikannya, dan telah menetapkan had bagi
beberapa keharusan, maka janganlah kamu melewatinya, dan juga telah
mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu mencerobihinya, dan
juga telah mendiamkan hukum bagi sesuatu perkara, sebagai rahmat
kemudahan buat kamu dan bukan kerana terlupa, maka janganlah kamu
menyusahkan dirimu dengan mencari hukumannya”( Riwayat Ad-Dar Qutni, ;
Ad-Dar Qutni : Sohih, An-Nawawi : Hasan ) Mencintai tempat dan rumah
sang kekasih. Di sinilah letaknya rahsia seseorang yang menggantungkan
hatinya untuk sentiasa rindu dan cinta kepada Ka’abah dan
Baitulahhilharam serta masjid-masjid sehinggakan dia rela berkorban
harta dan meninggalkan orang tersayang serta kampung halamannya demi
untuk meneruskan perjalanan menuju ke tempat yang paling dicintainya.
Perjalanan yang berat pun akan terasa ringan dan menyenangkan. Bukannya
seperti kebanyakan daripada manusia zaman ini yang lebih cintakan harta
benda daripada apa yang sepatutnya mereka cintai. Daripada Tsauban r.a
berkata: Rasul s.a.w. bersabda: “Hampir tiba suatu masa dimana
bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan
orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka. Maka
salah seorang sahabat bertanya: Apakah dari kerana kami sedikit pada
hari itu? Nabi s.a.w. menjawab: Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali,
tetapi kamu umpama nuih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa
gerund terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan
mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit “wahan”. Seorang sahabat
bertanya: Apakah “wahan” itu hai Rasul s.a.w? Nabi s.a.w. menjawab:
Cinta dunia dan takut mati” [Riwayat Abu Daud] Mencintai apa yang
dicintai sang kekasih. Dengan mematuhi segala perintah Allah s.w.t.
serta mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. “Wahai orang-orang yang
beriman! masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala
hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan;
Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata”
[Al-Baqarah:208] Berkorban untuk mendapatkan keredhaan sang kekasih
Keimanan seseorang muslim itu akan lengkap sekiranya dia mencintai
Rasulullah s.a.w. dengan hakikat cinta yang sebenar. Rasulullah s.a.w.
bersabda: “Tidak beriman seorang daripada kalian sehingga aku menjadi
orang yang lebih dicintainya daripada (cintanya kepada) anak dan bapanya
serta sekelian manusia” [Riwayat Asy-Syaikhany, An-Nasaai, Ibnu Majah
dan Ahmad] Barangsiapa yang lebih mementingkan orang yang dicintai,
maka beliau sanggup berkorban nyawa sekalipun demi untuk membuktikan
kecintaannya itu kepada sang kekasih yang dicintainya. Oleh yang
demikian, kedudukan iman seseorang masih belum dianggap mantap kecuali
menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai orang yang paling mereka cintai,
lebih besar dari cinta kepada diri mereka sendiri apalagi cinta kepada
anak dan seterusnya keluarga dan harta benda. Firman Allah s.w.t.:
“Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri
mereka sendiri[1200] dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka. dan
orang-orang yang mempunyai hubungan darah satu sama lain lebih berhak
(waris-mewarisi) di dalam Kitab Allah daripada orang-orang mukmim dan
orang-orang Muhajirin, kecuali kalau kamu berbuat baik[1201] kepada
saudara-saudaramu (seagama). adalah yang demikian itu telah tertulis di
dalam Kitab (Allah)” [1200] Maksudnya: orang-orang mukmin itu mencintai
nabi mereka lebih dari mencintai diri mereka sendiri dalam segala
urusan. [1201] yang dimaksud dengan berbuat baik disini ialah berwasiat
yang tidak lebih dari sepertiga harta. [Al-Ahzab:6] Cemburu kepada yang
dicintai. Orang yang mencintai Allah s.w.t. dan Rasul-Nya sentiasa
cemburu hatinya apabila hak-hak Allah s.w.t. dan Rasul-Nya dilanggar dan
diabaikan. Dari kecemburuan inilah timbulnya pelaksanaan amal makruf
dan nahi mungkar. Oleh kerana itulah, Allah s.w.t. menjadikan jihad
sebagai tanda cinta kepada-Nya. Firman Allah s.w.t.: ”Hai orang-orang
yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka
kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka
dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah Lembut terhadap orang
yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang
berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang
suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang
dikehendaki-Nya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha
Mengetahui” [Al-Maaidah:54] Menghindari hal-hal yang merenggangkan
hubungan dengan orang yang dicintai dan membuatnya marah. ”Hai nabi,
bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu menuruti (keinginan)
orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah
Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan ikutilah apa yang diwahyukan
Tuhan kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mengetahui apa yang kamu
kerjakan. Dan bertawakkallah kepada Allah. dan cukuplah Allah sebagai
Pemelihara” [Al-Ahzab:1-3] ”Dan diantara manusia ada orang-orang yang
menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya
sebagaimana mereka mencintai Allah. adapun orang-orang yang beriman amat
sangat cintanya kepada Allah. dan jika seandainya orang-orang yang
berbuat zalim itu[106] mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari
kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah
amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal)” [106] yang dimaksud
dengan orang yang zalim di sini ialah orang-orang yang menyembah selain
Allah. [Al-Baqarah:165] “Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi
kepada hukum-hukum jahiliyah? padahal – kepada orang-orang yang penuh
keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada
daripada Allah” [Al-Maaidah:50] “Dan janganlah kamu makan (atau
mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang
salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah)
kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian
dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui
(salahnya)” [Al-Baqarah:188] Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: aku
mendengar Rasul s.a.w. bersabda: “Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit
yang pernah menimpa umat-umat terdahulu. Sahabat bertanya: Apakah
penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu? Nabi s.a.w. menjawab:
Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok (2) terlalu mewah
(3) menghimpun harta sebanyak mungkin (4) tipu menipu dalam merebut
harta benda dunia (5) saling memarahi (6) hasut-menghasut sehingga jadi
zalim menzalimi” [Riwayat Al-Hakim]
[Dipetik dari buku Cinta dan Rindu oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah / Al-Hikam oleh Syeikh Ibn Ata'illah Al-Sakandari]